7 Tips Berkesan Menghadapi Ujian Hidup Yang Diajarkan Oleh Islam
Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif.
Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat.
Kenaikan
harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan
memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak
mahupun elektronik.
Tips untuk menghadapi ujian hidup dalam Islam
Saya ingin
berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian
hidup yang dianjurkan oleh agama Islam. Sebenarnya, paling tidak, ada
tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup, iaitu :
- Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.
- Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik.
.
- Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.
- Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
.
- Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
..
- Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya.
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).
- Ketujuh, menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa.
Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).
Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup.
Apa – apa
pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan
kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.
Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak
ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian hidup sebagai tangga untuk meraih
pertolongan Allah SWT.
Sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/tips-menghadapi-ujian-hidup/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar